loading...
Ngeri!! Kaki Budak Perempuan Ini Mereput Seperti Kayu Kerana Di Patuk Ular

VENEZUELA – Gambar
yang menakutkan ini bukan kayu yang mereput. Sebaliknya ia adalah kaki
seorang budak perempuan berusia 13 tahun yang bertukar menjadi kayu
reput selepas dipatuk oleh ular berbisa.
Bisa ular berkenaan
menyebabkan sel-sel pada kakinya sudah mati sekaligus turut
mengakibatkan tisu kaki mati. Ia menjadikan kaki budak itu reput.
Budak tersebut hanya dibawa ke Caracas untuk rawatan selepas sebulan dipatuk ular.
Sebelum ini dia hanya diberikan ubat-ubat tempatan.
Gambar tersebut dirakamkan dan dimuat naik dalam instagram.
Salah seorang
doktor yang melihat gambar berkenaan, Dr Arun Ghosh berkata, kaki budak
tersebut perlu dipotong namun nyawanya masih terancam akibat bisa ular
tersebut.
“Bisa ular
sangat rumit dan ia bergantung kepada jenis ular. Namun berdasarkan
gambar itu, ia jelas menunjukkan kaki perlu dipotong meskipun budak itu
mungkin akan mati akibat bisa ular berkenaan,’’ katanya.
Dr Arun Ghosh juga
memberitahu, keseluruhan kaki di bahagian bawah berwarna hitam dan
melihat kepada keadaan berkenaan, ia jelas menunjukkan racun sudah
menyerang otot dan ia akan merebak.
loading...
0 Response to "(VIRAL) Ngeri!! Kaki Budak Perempuan Ini Mereput Seperti Kayu Kerana Di Patuk Ular"
Post a Comment