loading...
LELAKI DIKOMPAUN RM500 OLEH MPPD KERANA BAGI KUCING MAKAN

LELAKI DIKOMPAUN RM500 OLEH MPPD KERANA BAGI KUCING MAKAN |
Gara-gara memberi kucing makan di sebuah premis di sebuah pusat membeli
belah, seorang lelaki dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa tempatan
atas sebab yang tidak munasabah.
Lelaki terbabit tidak menyangka, tindakan 'perikemanusiaan' nya itu akan
mengundang kompaun berjumlah RM500 dari pihak Majlis Perbandaran Port
Dickson (MPPD).
Dalam kejadian yang berlaku di Oceanic Mall, Port Dickson itu semalam,
lelaki terbabit didakwa melakukan kesalahan di atas Undang-Undang yang
berkaitan dengan undang-undang kecil pengendalian makanan MPPD 2010.
Kompaun tersebut dikeluarkan oleh Nurhidayah binti Mohamad dan
disaksikan oleh Mohamad Hersyam. Lelaki itu diberi tempoh 7 hari untuk
menjelaskan bayaran kompaun dari tarikh yang dikeluarkan.
Bagaimanapun, lelaki terbabit akan cuba membuat rayuan pada MPPD agar jumlah kompaun dapat dikurangkan.
Berikut luahan hati mangsa kompaun di bawah:
"Pasal bagi makan kucing dalam kedai, mendapat aku kompaun RM500. Takpe
kucing, jangan risau. Makanan korang tak kena catu. Rezeki Allah yang
bagi. Cuba esok pergi buat rayuan berapa dapat kurang. Mana tahu doa
kalian semua dia (MPPD) boleh bagi free je."


Bagi kami, ini adalah
satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan dari pegawai MPPD. Berlambak
lagi kesalahan orang diluar sana tetapi hanya kerana lelaki ini
memberikan makanan kepada kucing, pihak MPPD terus mengenakan kompaun?
Nyata MPPD tidak berhati perut. Sudah hilang agaknya sifat kemanusiaan
dalam MPPD agaknya. - My Media Hub
loading...
0 Response to "(VIRAL) LELAKI DIKOMPAUN RM500 OLEH MPPD KERANA BAGI KUCING MAKAN"
Post a Comment