loading...
Ini cerita tentang seorang yang sangat berdosa kemudia mendapat kemulian yang luar biasa…
Di antara dosa besar yang sangat di murkai Allah adalah zina.
Alkisahnya, pada zaman umat terdahulu
ada seorang perempuan yang menjadikan zina sebagai pekerjaannya
(pelacur). Dia mendapatkan wang dengan melacurkan dirinya. Dia sangat
terkenal dengan kecantikannya yang menawan yang menyebabkan dia mashur
di banyak daerah. Hal ini menyebabkan ramai lelaki yang tertarik
kepadanya. Di waktu yang sama ada seorang pemuda yang rajin beribadat
mendengar cerita tentang pesona wanita tersebut dan tertarik kepadanya.
Pemuda tersebut juga berangan-angan untuk menikmati kecantikan wanita
tersebut. Kerana bayarannya terlalu mahal, pemuda itu bekerja keras
siang dan malam demi mendapatkan wang untuk membayar perempuan itu.
Akhirnya pemuda tersebut berjaya mendapat wang yang cukup untuk membayar
kecantikan perempuan itu lalu pemuda itu pergi menemui perempuan itu.
Tentu saja perempuan itu merasa
gembira ketika didatangi pemuda yang terkenal rajin beribadat dan tampan
itu. Dia merasa bangga kerana kecantikannya mengatasi keteguhan iman
seorang pemuda yang rajin beribadat. Dia menyambut pemuda itu dengan
sebaik-baik sambutan. Ketika mereka di dalam bilik yang tertutup dengan
pintu dan jendela yang terkunci rapat, dan pemuda itu boleh melakukan
apa sahaja yang telah dilakukan ramai lelaki terhadap wanita itu. Tiba2
pemuda itu teringat kepada Allah. Teringat bahawa Allah melihatnya.
Teringat bahawa Allah memurkai perbuatan maksiat yang sedang dan akan
dilakukannya. Wajahnya tiba2 menjadi pucat kerana dia sangat takut
kepada Allah. Perempuan itu terkejut melihat wajah pemuda itu tiba2
menjadi pucat lesi tidak berdarah. Perempuan itu menyangka pemuda itu
sangat gugup kerana tidak pernah mempunyai pengalaman berdua-duaan
dengan perempuan. Maka perempuan itu berusaha utk menenangkan pemuda
tersebut.
Tetapi pemuda itu malah semakin pucat
dan menggigil ketakutan. Dengan tergagap-gagap pemuda itu berkata, “ Di
kantung ini ada ratusan dinar, yang aku kumpulkan dengan bermati-matian
selama berbulan-bulan. Aku bekerja keras supaya dapat menikmati dirimu.
Kini aku sudah ada dihadapanmu dan kalau aku mahu aku boleh mendapatkan
apa sahaja yang aku inginkan selama ini. Akan tetapi jika aku
melakukannya maka Allah akan murka kepadaku dan pasti menyediakan neraka
untukku. Aku takut kepada Allah dan aku tidak mahu kenikmatan sesaat
yang tidak kekal menghancurkan kenikmatan abadi di syurga nanti. Nah,
ambillah wang ini dan biarkanlah aku meninggalkan tempat ini sebelum
Allah murka dan mencabut nyawaku dalam keadaan suul khatimah.”
Pemuda itu meletakan kantung wang itu di hadapan perempuan jelita itu lalu melangkah ke pintu.
Perempuan
itu duduk terpaku di pinggir katilnya. Dia terkejut bercampur takjub
dengan sikap pemuda itu dan apa yang telah didengarnya. Selama ini tidak
ada pemuda yang dapat mengawal dirinya apabila berdua-duaan dengan
dirinya. Tetapi pemuda itu dapat berkata-kata dengan seyakin itu.
Perasaan takut pemuda itu telah mengalahkan sihir pesona kecantikan yang
dimilikinya seolah-olah dirinya tidak ada harga sama sekali di mata
pemuda itu.
Pemuda itu telah meninggalkan tempat
itu dengan linangan air mata kerana takut kepada Allah. Pemuda itu malu
dengan dirinya sendiri lalu membawa diri pulang ke kampong halamannya.
Di kampungnya dia beribadat siang dan malam kerana dia merasakan dirinya
telah melakukan dosa besar meskipun dia belum berzina. Namun dia telah
menghampiri zina. Bahkan dia sempat berazam untuk berzina dengan pelacur
cantik itu sehingga sanggup bekerja keras berbulan-bulan untuk
mendapatkan wang agar dapat berzina dengan pelacur tersebut. Dia
menangis penuh penyesalan dan beribadat sebanyak –banyaknya sebagai
penebus dosanya. Akhirnya pemuda itu meninggal dalam keadaan sedang
menangis dan beribadat kepada Allah SWT.
Sejak
kejadian itu perempuan tersebut sedar bahawa selama ini dia telah
melakukan dosa besar yang dimurkai Allah. Pemuda itu telah menyedarkan
dirinya tentang kemurkaan Allah terhadap dirinya. Semenjak itu perempuan
itu tertaubat dan menangis siang dan malam kepada Allah. Lantas dia
berazam untuk mencari pemuda tersebut dan berhasrat untuk menikah dengan
pemuda tersebut. Dia ingin menjadikan pemuda itu sebagai suaminya yang
akan membimbingnya beribadat kepada Allah.
Setelah sekian lama mencari pemuda
tersebut. Dia mendapat tahu bahawa pemuda tersebut telah pulang ke
kampung halaman dan perempuan itu menyusulnya. Alangkah sedihnya
perempuan itu apabila mendapat tahu bahawa pemuda itu telah meninggal
dunia dalam keadaan bertaubat penuh penyesalan kepada Allah.
Namun
pemuda itu mempunyai saudara yang juga rajin beribadat yang akhirnya
menjadi jodoh perempuan tersebut. Perempuan itu telah bertaubat dengan
sebenar-benar taubat. Taubat yang mampu membuatkan pintu langit terbuka
untuk doa dan zikirnya.
Dari pernikahan dengan ahli ibadat
itu, perempuan bekas pelacur itu melahirkan ramai anak2 yang semuannya
diangkat Allah menjadi nabi. Dari rahim perempuan itu, kini berisi
kalimat2 thayyibah telah melahirkan manusia2 mulia yang dipilih Allah sebagai nabinya.
Ini adalah kisah kisah benar yang
terjadi kepada umat terdahulu. Menjelaskan kepada kita bahawa sebesar
mana sekalipun dosa seseorang itu jika dia benar2 bertaubat dengan
bersungguh seperti perempuan itu maka Allah akan menerima orang itu
dengan penuh pengampunan dan kasih sayang. Bahkan Allah tetap memuliakan
hamba-hambanya yang sedia bertaubat kepada-Nya.


Kata2 ibnu Atho’illah, dosa yang membawa kepada taubat lebih baik dari taat yang menimbulkan ujub (sombong)..
loading...

0 Response to "(VIRAL) Kisah pemuda Soleh yang tertarik dengan pesona seorang pelacur..."
Post a Comment