loading...
Wanita
seharusnya menjaga kesihatan dalaman untuk kebaikkan diri sendiri dan
juga pasangan (suami). Jika perkara ini diabaikan tanpa sedar mahupun
ada sikap MALAS dalam diri wanita, jangan nanti berlinang air mata pula kerana suami mencari yang lain. Wahai para wanita, ingatlah "Seks Pelengkap Kasih Sayang Suami Isteri". Mari kita sama-sama amalkan petua ini.

Antaranya:-
1) Elakkan dari terlalu kerap mengambil sayur-sayuran yang bersifat sejuk seperti kangkung, timun, labu air atau kundur.
2) Sebolehnya hadkan pengambilan buah-buahan yang menghasilkan air yang banyak seperti pisang atau betik. Amalkan minum jus lobak merah yang dicampurkan sedikit madu lebah.
3) Jangan buang air kecil dan air besar serentak, sebaliknya cuba lakukan satu persatu.
4) Jangan buang air ketika berada didalam air (kolam renang atau tab mandi). Ini dikatakan akan mampu melemahkan kemantapan vagina selain itu mempercepatkan monopus.
5) Bersihkan alat kelamin setiap kali selesai hubungan intim, ia boleh melemahkan selain mengundang penyakit berjangkit
Petua Kecantikan Dalaman Wanita
§ Apabila mengambil jamu, jangan amalkan minum air kelapa kerana ia akan meneutralkan semula badan
§ Untuk
wanita lepas bersalin, pengambilan jamu boleh dimulakan pada jari
ketujuh selepas melahirkan anak sehingga habis tempoh berpantang.
§ Wanita yang bersalin secara pembedahan, digalakan mengambil jamu selepas 2 atau 4 minggu setelah luka pembedahan pulih
§ Amalan
berpilis bertujuan menghalang darah meroyan naik ke mata manakala
bertungku dan berbengkung pula dapat merapatkan pintu rahim.
§ Dalam tempoh 44 hari berpantang. jangan bersama dengan suami untuk mengelakkan kerosakan faraj.
§ Sekiranya mendapati diri hamil, elakan mengambil jamu atau sebarang ubat-ubatan lain.
§ Apabila usia mencecah 40 tahun, kurangkan pengambilan makanan laut sebalikanya lebihkan ulam-ulaman

§ Bagi wanita, kurangkan pengambilan makanan dan minuman sejuk untuk mengekalkan kesihatan
§ Jangan amalkan makan bersulamkan air kerana ia boleh menyebabkan perut buncit
§ Boleh juga mengamalkan MinumanSunnah yang terbaik dan paling laris kini.
Petua Mengempiskan Perut.
Penampilan
seseorang wanita akan kelihatan menawan jika mempunyai perut yang
kempis. Perut yang kempis akan menampakkan susuk badan yang cantik serta
mudah untuk mengayakan pelbagai fesyen. Terdapat beberapa petua yang
boleh dicuba bagi wanita yang mengalami masalah perut buncit dan kulit
perut berkedut selepas melahirkan anak.
§ Elakkan
minum air semasa makan makanan berat seperti nasi, mee dan lain-lain.
Sebaiknya minum air paling kurang 30 minit selepas habis makan.
§ Tanak
kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut.
Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan
hasilnya.
§ Bancuh
sedikit asam jawa dengan segelas air panas dan garam. Kemudian
embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum
membasuh muka.
§ Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
§ Sebagai tambahan boleh juga mengamalkan meminum Air Detox untuk mengempiskan perut.

Kebanyakkan wanita mengalami masalah perut buncit selepas melahirkan anak. Terdapat beberapa cara untuk menangani masalah ini.
§ Campurkan
sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu
putih dan satu sudu besar air limau nipis.Kemudian sapukan ramuan ini
pada perut dan diikat dengan bengkung. Lakukan setiap hari semasa dalam
pantang sehingga menampakkan perubahan.
MASALAH KULIT PERUT BERKEDUT
Campurkan
1 sudu kecil jus limau nipis, 1 sudu air kapur sirih dan 20 titik
minyak kayu putih. Gaul sehingga sebati dan sapu pada kesan-kesan pecah
dalam masa 2 minggu.

Boleh
juga mengamalkan penggunaan produk skincare paling awesome untuk
menyelesaikan masalah kulit yang berkedut mahupun untuk kegunaan lain
iaitu Firmax 3
Nota Kaki :
loading...
0 Response to "(VIRAL) KHAS UNTUK WANITA Petua Menjaga Kehebatan Dalaman Wanita..AMAL ini Kompom Laki Tak Lihat LAIN!!!"
Post a Comment