loading...
Kisah Suami Terlanjur Dengan Isteri Orang, Kerana Whatsapp Lucah

Assalamualaikum,
Saya ibu kepada dua (2) orang anak dan berkahwin hampir lima (5) tahun.
Kisah saya ialah tentang suami yang sudah terlanjur dengan isteri orang.
Pada mulanya saya memang tak percaya suami saya akan berbuat demikian.
Ini kerana saya tahu suami saya takkan buat perkara keji sebegitu.
Alangkah tekejutnya saya apabila saya baca perempuan itu telah memberikan alamat rumahnya kepada suami saya agar dapat datang segera. Ini kerana ‘line-clear’, suami perempuan itu tiada di rumah kerana sedang bekerja.
Sebelum ini, suami hanya sekadar mesej dan ber-Whatsapp dengan ramai
perempuan. Saya tahu dia bermesej lucah dengan perempuan tersebut. Saya
biarkan sahaja kerana ia hanya sekadar perkataan lucah. Saya juga
percaya mereka tidak pernah bersua-muka.Tiba-tiba, pada satu malam,
suami balik dari tempat kerja dalam keadaan tergesa-gesa. Dia kata nak
keluar jumpa kawan. Saya tidak mengesyaki apa-apa. Namun, apabila
pulang, dia terus tidur dan langsung tidak layan saya. Suami memberi
alasan yang dia penat bekerja.
Pada malam itu juga, semasa suami saya tidur, saya check dia punya
Whatsapp. Alangkah tekejutnya saya apabila saya baca perempuan itu telah
memberikan alamat rumahnya kepada suami saya agar dapat datang segera.
Ini kerana ‘line-clear’, suami perempuan itu tiada di rumah kerana
sedang bekerja.
Keesokkannya, saya mesej suami saya semasa dia di tempat kerja
bertanyakan tentang perkara ini. Pada mulanya, suami tidak mengaku.
Selepas puas saya memujuk, barulah dia mengaku. Luluh hati saya
sangat-sangat. Saya tak tahu nak buat apa pada waktu itu. Sepanjang di
rumah semasa dia ada, saya hanya mendiamkan diri sahaja.
loading...
0 Response to "(VIRAL) Kisah Suami Terlanjur Dengan Isteri Orang, Kerana Whatsapp Lucah"
Post a Comment