loading...
"Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya" ( An-Nahl : 99)
"Sesiapa
yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan
bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun
tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama
Nabi Muhammad SAW " ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya'la, Albani : Sohih,
Ghayatul Maram, no 285)
Assalamualaikum,salam blogger
di
zaman moden hari ini masih ramai lagi yang berani menempah tempat di
Neraka dengan mengamalkan sihir untuk pelbagai tujuan dan
maksud.Walaupun sudah jelas larangan Rasulullah s.a.w tentang bahaya
sihir ternyata masih ada lagi yang mendapatkan khidmat bomoh.
Mereka
ini terdiri dari berbagai lapisan masyarakat dan tujuan,bahkan ada juga
dari kalangan artis dan ahli pilotik yang mendapatkan khidmat
tukang-tukang sihir ini.Ada juga yang ingin membalas dendam kepada
seseorang yang tidak disukainya dengan cara ini.
Apa
yang saya nak sentuh pada kali ini ialah berkenaan dengan penggunaan
pelaris kedai.Di sangkakan dengan bercambahnya ilmu dan pusat-pusat
pengajian Islam di masjid-masjid ,surau-surau dan forom-forum amalan
khurafat ini sudah berkurangan tapi nampaknya masih rancak di negara
kita malaysia.
Jika
dulu amalan pelaris yang menggunakan khidmat jin khadam atau tangkal
ini hanypopular di Indonesia dan Sabah sarawak sahaja tapi sekarang
sudah merebak sampai ke semenanjung.Jadi kita sebagai pengguna harus
berhati-hati dalam memilih kedai makan.Persoalannya bagaimana nak tahu
kedai makan yang di syaki itu benar2 mengamalkan pelaris atau tidak.
Ini satu petua yang di ajarkan oleh seorang pengamal perubatan Islam.
Cara
mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi
3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka
tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he he
Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)
Sekiranya
ada pelaris di kedai tersebut, "khadam" tu akan marah dan kita akan
rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu,
eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.
Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
قال
لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين ,
حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي
)
Ertinya
: Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad"
(al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali
ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.(
At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan
Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin,
no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih
loading...

0 Response to "(VIRAL) Kadang-Kadang Kita WAS-WAS Nak Makan Dekat Kedai Yang Orang Ramai,Dalam Pemikiran Asyik Memikirkan PELARIS Di GUNAKAN!!..OK Lepas Ni Kita Tak Payah Susah-Susah Fikir Tentang Tuh Sebab Takut Benda Tuh Jatuh Fitnah..BACA DOA INI!!! INSHAA ALLAH SEMUA AKAN OKEY!!!!.."
Post a Comment